Jelebu, Jan-
Dua calon persendirian berusia lebih 60 tahun antara 16,929 yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Negeri Sembilan tahun ini.
Abdul Kadir Tapre, 63, mendaftar tujuh mata pelajaran sementara Johan Hamzah, 62, mendaftar tiga mata pelajaran dengan masing-masing mengambil kertas peperiksaan di Pusat SM Summit 2 di Seremban.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan Penjabat Pendidikan Daerah, Putra Hashim berkata, berdasarkan jumlah keseluruhan itu, ia menunjukkan peningkatan 952 calon atau 6.0 peratus berbanding 15,977 calon SPM 2023.
“Peperiksaan SPM 2024 di Negeri Sembilan berlangsung di 145 pusat peperiksaan membabitkan seramai 901 petugas peperiksaan.”Daripada keseluruhan calon SPM, seramai 14,824 adalah pelajar sekolah kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara (412), sekolah kerajaan negeri (53), sekolah swasta (755), calon persendirian (804) dan Sekolah Agama Rakyat (81),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari pertama peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu Kuala Klawang di sini pada Khamis.