Kuala Lumpur, Jan-
Polis Selangor menangguhkan sementara permit penganjuran konsert di negeri itu susulan kes kematian berkait penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway, pada ambang tahun baharu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penangguhan permit itu dibuat serta-merta.
“Di masa hadapan dalam sebarang anjuran konsert, semua pihak penganjur perlu beri keyakinan bahawa mereka boleh kawal daripada sebarang kemasukan dadah dalam mana-mana konsert.
“Sekiranya perkara ini gagal dipatuhi, kita tidak boleh benarkan konsert dilakukan yang boleh menyebabkan berakhir dengan kematian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Beliau berkata, jumlah kehadiran di konsert Pinkfish tidak kurang daripada 14,000 orang dan ia satu bilangan yang ramai.