Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tebusan di Filipina

Tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden tembakan dan tebusan di pusat beli-belah di Manila, Filipina,semalam.

Setiausaha I dan Ketua Pejabat Kedutaan Malaysia di Filipina, Ridzwan Shahabudin, berkata situasi di Manila secara umumnya selamat.

“Pihak kami telah dimaklumkan oleh Polis Filipina melalui Pejabat Atase tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, setakat ini,” katanya menerusi e-mel kepada Bernama di sini.

Media asing melaporkan seorang lelaki bersenjata menjadikan sekurang-kurangnya 30 orang sebagai tebusan di sebuah pusat beli-belah popular V-Mall di Greenhills San Juan. Suspek dikatakan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Sekurang-kurangnya seorang ditembak dan telah dikejarkan ke hospital, kata Datuk Bandar San Juan Francis Zamora kepada media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here