Kuala Lumpur, Jan-
Sebanyak 18 premis perniagaan beroperasi secara haram disita dan diarah tutup dalam operasi penguatkuasaan di sekitar PJS2 dan Sungai Way, di sini, semalam.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam satu hantaran di Facebook berkata, seramai 20 warga asing turut ditahan dalam operasi berkenaan.
“Objektif utama operasi ini adalah untuk membanteras aktiviti perniagaan tanpa lesen khususnya melibatkan warga asing.
“Ia juga bagi memastikan semua perniagaan dijalankan secara sah dan mematuhi peraturan ditetapkan,” katanya dalam satu hantarkan hari ini.
Dalam hantaran sama MBPJ berkata 20 warga asing terbabit ditahan Jabatan Imigresen Selangor yang turut serta dalam operasi bermula jam 11 pagi itu.
Menurutnya, operasi itu diketuai Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.




















