Pistol, peluru di tepi pantai – polis tahan jurujual

Butterworth, Jan-
Polis menahan seorang jurujual bagi membantu siasatan berkaitan penemuan sepucuk pistol berserta pelbagai kelopak peluru dan 67 butir peluru hidup di persisiran Pantai Robina, pada Selasa lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Teluk Air Tawar kira-kira 2.15 petang semalam hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis.

Lelaki itu kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selasa lepas, seorang pemancing menjumpai sebuah kotak berisi sepucuk pistol beserta pelbagai kelopak peluru dan peluru hidup di tepi pantai terbabit.Hamzah berkata hasil siasatan mendapati lelaki itu menjumpai kotak plastik yang dibalut dengan pembungkus plastik ketika memancing kira-kira 4.30 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here