Kes denggi meningkat

Putrajaya, Mac.
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya dengan dua kematian akibat komplikasi dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan, dalam kenyataan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME08 ialah sebanyak 29,113 kes berbanding 17,388 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Beliau berkata terdapat 16 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 14 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023.

Dari segi bilangan lokaliti hotspot, beliau berkata jumlahnya meningkat kepada 196 berbanding 185 pada minggu sebelumnya, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu 155 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (16), masing-masing lapan di Perak dan Negeri Sembilan, Pulau Pinang (3), Sabah (2) serta masing-masing satu di Kedah, Johor, Melaka dan Pahang.

Radzi berkata bagi survelan chikungunya, terdapat dua kes direkodkan pada ME08 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah enam kes, manakala bagi survelan zika, sebanyak 361 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here