Kuching, Jan-
Identiti semua mangsa termasuk lima maut dalam tragedi tanah runtuh yang menimbus dua rumah di Kampung Lereng Bukit, Miri, sudah dikenal pasti.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan perkembangan itu sebentar tadi.
Mereka adalah Fatimah Dawi, 71; Sazarena Arabi, 41; Irsyad Syairah, 16; Nur Rania Syafiqah, 11, dan Nur Raisyah Syahirah, 8.
Semua mangsa turut disahkan tinggal serumah. Identiti dua penghuni rumah sama yang terselamat dikenali sebagai Nur Irsalina Syairah, 17 dan Arabi Samsudin, 71.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu sebelum ini berkata 12 individu dikenalpasti terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu termasuk lima maut manakala dua lagi cedera.





















