Dihempap pokok tumbang 4 kenderaan rosak

Kuala Lumpur, Feb-
Empat kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan 1/91B, Taman Pandan Perdana di Ampang, dekat sini, susulan hujan lebat dan angin kencang, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.

“Pihak bomba menerima aduan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang. Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah kemudian digerakkan ke lokasi.

“Pasukan mendapati sebatang pokok tumbang di lokasi menghempap empat kenderaan terdiri daripada Toyota Avanza, Nissan Sylphy, Hyundai Getz dan Proton Satria,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan di Bangi, Ahmad Mukhlis berkata, pihak bomba menerima aduan kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Jalan Reko menghala ke Kompleks PKNS Bangi, pada jam 5.02 petang semalam.

“Pasukan bomba dari BBP Bangi yang dikerahkan ke lokasi mendapati sebatang pokok tumbang di atas jalan dan menghalang laluan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here