Kuala Lumpur, Feb-
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap penjual jagung yang mencetuskan kontroversi dengan papan tanda berunsur perkauman, walaupun lelaki itu sudah memohon maaf.
Menurutnya, tindakan undang-undang perlu diambil untuk dijadikan pengajaran kepada pihak lain. “Saya minta tindakan seperti ini yang menghina antara kaum perlu dikenakan tindakan undang-undang, bukan hanya berakhir dengan meminta maaf saja.
“Kalau tidak, budaya sebegini yang buat dulu, lepas itu minta maaf akan semakin berleluasa dan semakin mudah golongan-golongan ini terlepas,” katanya di Facebook.
Semalam, Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang, dilaporkan berkata penjual jagung itu sudah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, khasnya masyarakat India atas tindakannya.





















