Thavamalar hilang dari rumah perlindungan

Kuala Lumpur, Mac-
Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas dipercayai melarikan diri dari rumah perlindungan sejak Khamis lalu.

Remaja dikenali Thavamalar itu kali terakhir dilihat di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 di Petaling Jaya  pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, laporan kehilangan mangsa diterima jam 5.13 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati remaja berkenaan keluar dari rumah perlindungan sebelum dilaporkan hilang.

“Usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ciri-ciri fizikal mangsa adalah berketinggian 159 sentimeter, berat 52 kilogram, berkulit coklat, berambut panjang hitam serta berbadan kurus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here