Bantuan RM5,000, RM2,500 untuk rumah terjejas – PM

Subang Jaya, Apl-
Kerajaan Persekutuan dan Petronas akan menyalurkan sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang rosak, manakala RM2,500 diberikan kepada mereka yang terkesan akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa bagi perbelanjaan sementara.

“Itu tentunya saya minta semua jentera kerajaan, termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), untuk memberikan cadangan dan wakil-wakil penduduk diundang berbincang bersama.

“Sebagai langkah segera, bagi satu atau dua hari ini, Petronas dan, jika perlu, Kerajaan Persekutuan akan melihat keperluan tambahan bagi rumah-rumah yang rosak sepenuhnya.

“Mereka akan diberikan RM5,000 segera supaya dapat digunakan untuk perbelanjaan sementara. Manakala bagi mereka yang terkesan, iaitu lebih 100 rumah, akan menerima RM2,500,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; dan Ketua Pengarah Bomba, Datuk Nor Hisham Mohammad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here