Shah Alam, Mei-
Majlis makan malam amal besar anjuran Yayasan Kebajikan Seni dan Pendidikan Kuil Saiva telah berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu jam 7 malam di Shah Alam.
Acara ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi projek pembinaan Kuil Aalavaai Annal Sokkanatha Peruman, Dewan Meditasi, Kolej Keagamaan, dan Dewan Persidangan yang mampu menampung 1,200 orang.
Ramai penganut Hindu di Malaysia, termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan, hadir ke majlis ini untuk meraikan dan menghargai warisan budaya Tamil.
Matlamat utama projek ini:
Kuil: Rumah ibadat dimana Alavai Annal Sokkanatha Peruman akan ditempatkan.
Dewan Meditasi: Direka khas untuk para penganut bermeditasi dan mendengar ceramah keagamaan.
Kolej Keagamaan: Kolej untuk melatih guru-guru agama sepenuh masa, lengkap dengan asrama.
Dewan Persidangan: Dewan yang luas dan boleh memuatkan sehingga 1,200 orang.
Melalui acara ini, sejumlah dana berjaya dikumpul untuk projek mega tersebut, dan pihak lembaga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penderma dan penyokong yang turut hadir.























