Pemandu Nissan Navara langgar suami isteri dipenjara 6 bulan

Kuala Lumpur, Mei-
Pemandu pikap Nissan Navara yang merempuh sebuah motosikal ditunggang sepasang suami isteri sehingga menyebabkan mereka tercampak dan cedera parah dekat Plaza Tol Duta dua minggu lalu, kini dipenjara enam bulan menggantikan hukuman asal 30 hari.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, K. Muniandy, selepas menyemak semula hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Majistret ke atas jurujual aksesori kereta,   K. Darmaraju, 32.

Bagaimanapun, Muniandy mengekalkan denda RM12,000 serta penggantungan lesen memandu selama lima tahun seperti diputuskan sebelum ini.

Pada 13 Mei lalu, Majistret Khairunnisak Hassni menjatuhkan hukuman penjara 30 hari bermula dari tarikh tangkapan pada 11 Mei serta denda RM12,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda selepas tertuduh mengaku bersalah memandu secara melulu di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke pusat bandar kira-kira jam 2.30 petang pada 10 Mei lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman dalam hujahnya  menyatakan hukuman penjara 30 hari dan denda RM12,000 yang dikenakan sebelum ini tidak mencerminkan matlamat pindaan undang-undang serta komitmen Parlimen dalam melindungi hak dan keselamatan pengguna jalan raya.”

Denda RM12,000 sudah dibayar tertuduh. Hukuman penjara 30 hari berlalu sekelip mata berbanding penderitaan mangsa yang mengalami kecacatan kekal dan bergantung sepenuhnya kepada keluarga serta rawatan hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here