‘Berita kematian Pamela Ling palsu’

Kuala Lumpur, Mei-
Laporan berita mendakwa polis sedang menyiasat kematian wanita dikenali sebagai ‘Pamela Ling’ yang mayatnya ditemukan dalam sebuah rumah di Petaling Jaya pada 13 Mei lalu, disahkan palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung penemuan mayat wanita di lokasi dan tarikh yang dinyatakan.

“Pihak polis mengesahkan satu laporan yang tular di laman sosial bertajuk ‘Police interview Pamela Ling’s children and family friend in death investigation’ adalah palsu.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis juga mengesahkan tiada apa-apa laporan polis diterima mengenai sebarang penemuan mayat di sebuah rumah di Petaling Jaya seperti dinyatakan dalam laporan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mana-mana individu yang menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian atau kemudahan komunikasi untuk menyebarkan maklumat palsu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, boleh dikenakan denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here