Kuala Lumpur, Mei-
Nurul Izzah Anwar membuktikan sokongan memihak kepadanya, selepas diumumkan sebagai pemenang dalam persaingan untuk jawatan timbalan presiden PKR.
Beliau menewaskan penyandang, Rafizi Ramli, dalam pertembungan satu lawan satu, dengan 9,803 undi.
Izzah dilihat sebagai calon pilihan untuk jawatan tersebut, selepas lebih 200 daripada 222 PKR bahagian menyatakan sokongan kepadanya.
Rafizi sebelum ini menyatakan kesediaan untuk letak jawatan menteri sekiranya tewas pemilihan timbalan presiden ini.
Seramai 32,030 perwakilan layak membuang undi pada pemilihan kepimpinan pusat PKR bagi penggal 2025-2028.
Izzah ketika berkempen berkata beliau berharap dapat tumpu pada memperluaskan reformasi dalaman jika dipilih.
Katanya, beliau selaku timbalan presiden berharap dapat beri tumpuan pada menekankan dan meluaskan ‘skop reformasi’ sebanyak yang boleh ‘dalam lingkungan parti.





















