4 lori musnah terbakar di Cyberjaya

Kuala Lumpur,Jun-
Empat treler musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Utama D Alpinia, Cyberjaya malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 9.48 malam sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, ketika kejadian kesemua kenderaan berat berkenaan diparkir dalam kawasan bengkel terbabit namun kes itu tidak membabitkan sebarang mangsa.

“Kebakaran itu menyebabkan empat treler musnah terbakar 95 peratus dan ia dapat dikawal pada 10.15 malam. Operasi memadamkan api sedang dilakukan oleh anggota bertugas,” katanya.

Tambah beliau, operasi membabitkan 25 anggota itu turut mendapat bantuan daripada BBP Puchong dan BBP Seri Kembangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here