Michelle Yeoh bawa trofi Oscar jumpa Anwar

oscar

Putrajaya: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh di Pejabat Perdana Menteri, hari ini. Pertemuan bersama bintang Asia pertama merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu dikongsikan Perdana Menteri melalui hantaran di Instagram (IG) Story dan Facebook beliau.

Dalam perkongsian itu, Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu kerana membawa trofi yang dimenanginya menerusi filem Everything Everywhere All At Once pulang ke Malaysia. Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Tan Sri Michelle Yeoh yang baru-baru ini merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).

Beliau menghimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini… dan beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.

Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan! katanya, hari ini. Menerusi watak Evelyn Quah Wang dalam filem Everything Everywhere All at Once, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menewaskan Andrea Riseborough (To Leslie), Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here