Putrajaya, Ogos – Kerajaan sedang menyelaras pelaksanaan Seksyen 507B hingga 507G Kanun Keseksaan bagi memastikan semua pihak memahami bahawa buli adalah satu jenayah.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Perdana Menteri menyampaikan pandangan tegas bahawa kerajaan tidak akan membenarkan sikap buli seperti ini (kes kematian Zara Qairina Mahathir) berlarutan.
“Jadi, antara perkara yang akan diusahakan dalam kalangan menteri adalah penyelarasan beberapa tindakan memandangkan pindaan kepada Seksyen 507B hingga 507G telah mula berkuat kuasa pada Julai lepas.
























