Anwar, isteri hadir makan malam gala Sidang Kemuncak SCO

Tianjin, Sep-
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis makan malam gala Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Pusat Konvensyen Tianjin Meijing di sini, malam Ahad.

Anwar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China, Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan.

Makan malam itu dianjurkan Xi selaku Pengerusi Sidang Kemuncak SCO yang akan berlangsung esok.

Perdana Menteri tiba di sini petang tadi sempena lawatan kerja empat hari di China termasuk lawatan ke Beijing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here