Permohonan Pannir Selvam tangguh hukuman mati ditolak

Kuala Lumpur, Sep-
Mahkamah Rayuan Singapura menolak permohonan warga Malaysia yang dijatuhkan hukuman mati, Pannir Selvam Pranthaman menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan prosiding tatatertib atas aduannya kepada Persatuan Undang-undang Singapura terhadap bekas peguamnya.

Dalam pendengaran awal permohonan pascarayuannya pada Jumaat, mahkamah berkata, permohonan penangguhan hukuman itu pada asasnya bergantung kepada prinsip bahawa dasar Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengenai penjadualan hukuman mati mesti dilaksanakan secara sama rata kepada semua.

Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim, Sundaresh Menon, berkata dalam penghakiman mereka pada Jumaat, mahkamah mempertimbangkan sama ada MHA mengubah dasarnya secara tidak sah dan dalam apa jua keadaan, sama ada perbezaan dasar MHA antara prosiding dibawakan negara dan bukan oleh negara adalah menyalahi undang-undang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here