Ahmad Zahid bukan hero yang jatuhkan saya – Tun M

Shah Alam,Ogos-
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukan hero yang menjatuhkannya sebagai pemimpin nombor satu negara ketika itu seperti didakwa.

Dr Mahathir sebaliknya menjelaskan, keputusan beliau untuk meletak jawatan secara terhormat dibuat disebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak nasihatnya, bukan ada kaitan dengan usaha untuk mengharamkan UMNO.

“Sebab yang saya letak jawatan ialah apabila parti saya, Bersatu, menolak nasihat saya. Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya, dia secara terhormat sepatutnya letak jawatan. Dan itulah yang saya lakukan.

“Zahid bukan hero. Beliau hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat UMNO, iaitu DAP, supaya jadi Timbalan Perdana Menteri demi menyelamatkan dirinya daripada dibicara berkenaan kesalahannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here