Kuala Lumpur, Oktober-
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan sebanyak RM15 juta bagi melaksanakan 87 projek Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Keselamatan di 50 Perkampungan India di seluruh negara pada tahun ini.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB TuanNga Kor Ming (YB KM) hari ini semasa bertemu dengan wakil wakil media Tamil di Kuala Lumpur hari ini sempena Perayaan Deepavali.
Peruntukan ini termasuk RM10 juta yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun lepas di bawah inisiatif Belanjawan 2025 untuk Projek Pembangunan Fizikal di Perkampungan India yang melibatkan tiga (3) skop utama iaitu Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Keselamatan seperti membaik pulih dan menaiktaraf jalan, longkang, balai raya, dewan serbaguna dan pemasanganlampu solar.
Pada tahun ini, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan empat (4) inisiatif tambahan di bawah Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) Tahun 2025 yang diselaraskan oleh Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).
Melalui inisiatif tersebut, sebanyak RM5 juta akan diselaras oleh KPKT sebagai agensi pelaksana untuk tujuan :
- Menaik taraf infrastruktur, seperti jalan raya, sistem perparitan, dan
- Meningkatkan kemudahan awam, seperti dewan, taman atau tempat berkumpul; dan
- Menambah baik aspek keselamatan di kawasan Perkampungan India.
Majlis hari ini turut diserikan dengan persembahan kebudayaan jamuan Deepavali bagi meraikan pesta Cahaya yang bakal tiba. Ini membuktikan perpaduan dalam kepelbagaian adalah cara hidup rakyat Malaysia, sama ada perayaan Hari Krismas, Tahun Baharu Cina, ataupun Deepavali, kita sambut bersama dengan hati terbuka.





















