Rampas pistol dadah, remaja antara 2 suspek ditahan

Petaling Jaya, Okt 9.
Remaja 17 tahun antara dua diberkas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am Kuantan, semalam, yang merampas sepucuk pistol dan pelbagai jenis dadah selepas kereta mereka ditahan di sekat pintas di Kampung Simpangan, Tumpat semalam.

Dia bersama seorang lagi suspek berusia 28 tahun itu ditahan pada 2 pagi.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata, pihak berkuasa turut menemukan satu liter cecair kodiena dalam kereta terbabit.

Katanya, pasukan itu turut dipandu arah oleh kedua-dua suspek pada 4 pagi sebelum menyerbu sebuah rumah di Jalan JKR Pasir Mas.

Pemeriksaan lanjut ke atas rumah itu telah menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver Smith & Wesson bersama tujuh butir peluru dan lima kelongsong peluru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here