Kota Madani : Anwar mahu pembinaan disegerakan

Putrajaya, Okt-
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Kota Madani disegerakan dengan meminta Putrajaya Holdings (PjH), pemaju utama pusat pentadbiran negara memberi tumpuan sepenuhnya terhadap projek itu.

“Mudah-mudahan kita dapat lihat dalam masa singkat…yang saya tidak boleh tolak ansur ialah kalau pembinaan lambat, jadi kita mahu pembinaan yang cepat.

“Kini tunggu Putrajaya Holdings untuk beri ‘full speed ahead’,” katanya ketika berucap dalam majlis sambutan ulang tahun PjH ke-30 malam tadi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here