Pelajar maut ditikam: Laporan patologi siap dalam tempoh 3 bulan

Kuala Lumpur, Okt–
Laporan patologi berhubung kematian seorang pelajar perempuan yang ditemui maut akibat ditikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, dijangka mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak patologi sebelum dapat mengesahkan jumlah sebenar kesan tikaman pada tubuh mangsa.

“Setakat ini laporan penuh belum diperoleh, kebiasaannya laporan patologi mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan sebelum sebarang pengesahan rasmi dapat dibuat.

“Hanya selepas laporan itu siap barulah jumlah sebenar kesan tikaman dapat disahkan secara rasmi,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here