Kulim, Okt-
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kejadian letupan mercun sehingga mengakibatkan 22 individu cedera di Jalan Paya Besar, di sini .
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan memberitahu, hubungan dua suspek berusia 23 dan 34 tahun itu adalah rakan.
“Mercun itu dijual di khemah berdekatan pada harga RM200. Seterusnya rakannya bertindak membakar mercun itu, walau bagaimanapun ia meletup di bawah kerana disyaki dipasang secara terbalik,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, letupan tersebut mengakibatkan 22 orang awam cedera termasuk seorang parah pada kepala dengan dia kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Tambahnya, penjual mercun itu telah dikesan dan pihaknya sudah mengambil keterangan daripada 10 mangsa.



















