Punca nahas ragut 9 anggota FRU- Lebih muatan melampau lori

Putrajaya, Nov-
Lebihan muatan melampau serta kelemahan kawalan operasi, ketiadaan ciri keselamatan asas pada sebuah lori ‘tipper’ antara punca kemalangan yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan pada 13 Mei lalu.

Laporan Akhir Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan berhubung insiden membabitkan lori muatan batu kerikil dan lori FRU yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini memaklumkan dapatan pasukan siasatan juga mendapati penguatkuasaan yang terhad mewujudkan persekitaran risiko tinggi sehingga mengakibatkan kemalangan maut.

Ketika kejadian, lori ‘tipper’ itu didapati membawa muatan batu kerikil dengan Berat Dengan Muatan (BDM) sehingga 40,960 kilogram (kg), iaitu 70.67 peratus melebihi had dibenarkan pada 24,000 kg.

Laporan itu yang dikeluarkan selepas lebih lima bulan kejadian turut menyatakan cadangan keselamatan kepada pihak terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here