Peralihan tiba-tiba kepada meritokrasi boleh cetus kekacauan

Kuala Lumpur, Dis 30.
Sistem pendidikan Malaysia belum bersedia untuk amalan meritokrasi, menurut Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

Peralihan kepada meritokrasi secara tiba-tiba, katanya, boleh memburukkan lagi pergolakan politik dan sosial jika ia membawa kepada kursus profesional diisi dengan majoriti besar pelajar bukan Bumiputera.

Sebarang sistem mesti adil bagi semua. Ini juga bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan atau boleh diterima dari segi politik. Ia akan menyebabkan ramai pihak tidak puas hati, katanya kepada FMT dalam wawancara eksklusif.

Cadangan kemasukan universiti berdasarkan merit timbul daripada rasa tidak puas hati dengan sistem kuota semasa yang menyebabkan orang bukan Melayu berlatar belakang ekonomi rendah terlepas peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Bulan lepas, seorang pelajar cemerlang di universiti tempatan, M. Nahvin menekankan keperluan meritokrasi dalam pendidikan Malaysia dalam ucapannya ketika menerima Anugerah Pendidikan Diraja. Beliau berkongsi kisah seorang rakannya yang mendapat keputusan SPM serupa, namun tidak mendapat tempat di matrikulasi sepertinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here