42,807 hilang kerja tahun ini – Ramanan

Kuala Lumpur, Jun-

Sebanyak 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan di seluruh negara bermula Januari hingga 12 Jun lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penutupan perniagaan dan pengecilan syarikat dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja, iaitu melibatkan 17,485 orang atau 40.85 peratus.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kehilangan pekerjaan sebanyak 30 peratus atau 12,844 orang, diikuti Selangor sebanyak 12,360 orang dan Johor yang merekodkan kadar kehilangan pekerjaan 8.1 peratus atau 3,468 orang,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Ramanan menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) mengenai sejauh mana faktor automasi dan kecerdasan buatan (AI) mempengaruhi trend penutupan dan pengecilan syarikat di Lembah Klang yang menyumbang majoriti kes kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here