Ahli Parlimen cadang Langkawi sebagai Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Nov 8.
Seorang Ahli Parlimen kerajaan mencadangkan Langkawi dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan keempat untuk memajukan destinasi pelancongan itu.

Chong Zhemin (PH-Kampar) mendakwa kerajaan Kedah gagal untuk meningkatkan potensi dan sektor pelancongan di kepulauan itu.“Saya ada satu syor, kita perlu letakkan Langkawi di bawah Putrajaya, jadi wilayah keempat, masuk terus. Kalau boleh ambil alih pentadbiran Langkawi, kita boleh majukan.

“Sampai hari ini kerajaan negeri tiada cara untuk menaikkan (sektor) pelancongan di Langkawi. Ini betul-betul memalukan,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2024 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika ini, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diisyitiharkan sebagai Wilayah Persekutuan yang diuruskan oleh kerajaan pusat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here