Tayar monorel terbakar, jatuh atas jalan raya

Kuala Lumpur, Dis 20.
Pengguna jalan raya di Jalan Tun Razak cemas apabila tayar monorel terbakar sebelum terjatuh dalam kejadian di laluan Stesen Monorel Titiwangsa di sini, semalam.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia   Kuala Lumpur, Nooridzwan Mohamad Noor berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan kejadian pada jam 12.57 tengah hari.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa bersama sebuah jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi didapati terdapat tayar monorel terjatuh dan terbakar,katanya melalui kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here