3 warga Bangladesh maut dilandasan

Kuala Lumpur, Mac.
Tiga lelaki dipercayai warga Bangladesh maut akibat dilanggar tren KTM Komuter dalam kejadian di Taman Puncak Utama, Jade Hill, Kajang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.53 malam.

Katanya, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi selepas menerima laporan.

“Komander Operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah komuter melanggar tiga orang mangsa lelaki yang menceroboh landasan kereta api.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here