Modi menang penggal ketiga

New Delhi, Jun-

Perdana Menteri India, Narendra Modi, dan parti gabungan politiknya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) negara itu semalam.

Bagaimanapun, pembangkang mendakwa pengundi negara itu menghantar mesej jelas selepas parti nasionalis Hindu yang dipimpin Modi hilang undi majoriti dua pertiga kerusi Parlimen, untuk kali pertama dalam tempoh sedekad.

Berdasarkan keputusan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat petang semalam, gabungan parti politik yang diterajui oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi memenangi majoriti kerusi Parlimen.

Pada PRU kali ini, BJP memenangi 240 kerusi berbanding 303 kerusi pada pilihan raya lalu, bermaksud BJP perlu bergantung kepada rakan-rakan gabungannya untuk meluluskan undang-undang di Parlimen.

Modi, ketika berucap bagi meraikan kemenangan di hadapan orang ramai di New Delhi berkata, India memberi mandat kepada parti dan sekutunya buat kali ketiga berturut-turut

Keputusan itu turut menyaksikan parti pembangkang memperoleh 99 kerusi, meningkat dua kali ganda daripada 52 kerusi pada 2019.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here