Petaling Jaya, Julai-
Sepasang suami isteri maut, manakala dua anak perempuan mereka cedera apabila kereta dinaiki empat sekeluarga itu terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di persimpangan lampu isyarat Batu 3, Jalan Lipis, di Kilometer (KM) 350 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub, Azain Uzir, berkata kemalangan yang berlaku pada 10.43 malam itu membabitkan kereta Proton Wira dan pacuan empat roda Toyota Hilux.
Katanya, bomba menghantar sepasukan anggota dari BBP Raub ke lokasi untuk operasi menyelamat.
“Pemandu kereta Proton Wira iaitu seorang lelaki dan penumpang wanita berjaya dikeluarkan tetapi disahkan meninggal dunia.“Dua wanita yang turut menaiki kereta itu parah dan dihantar ke Hospital Raub untuk menerima rawatan.
“Pemandu Toyota Hilux bagaimanapun mengalami cedera ringan,”katanya. Kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.





















