Suhu boleh cecah 40 darjah Celsius!

Kuala Lumpur, Feb.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta penduduk di Pokok Sena, Kedah berwaspada terhadap gelombang haba tahap dua di daerah itu kerana ramalan suhu boleh mencecah 40 darjah Celsius hari ini.

Harian Metro melaporkan enam daerah lain, termasuk Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star, dan Langkawi pula menerima amaran tahap satu, dengan suhu dijangka mencecah maksimum 37 darjah Celsius. Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan suhu pada waktu siang di Pokok Sena boleh turun naik antara 37 hingga 40 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari akan datang.

Suhu di Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Kota Star dan Langkawi pula diramalkan antara 35 hingga 37 darjah Celcius bagi tempoh sama. Justeru, Pengarah MetMalaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz menasihatkan penduduk negeri itu berwaspada dan mengehadkan aktiviti luar bagi mengelakkan cuaca panas melampau.

“Jika anda perlu keluar, pilih pakaian berwarna terang, pakai topi dan gunakan payung.

“Selain itu, jika berada dalam rumah, gunakan penghawa dingin dan kipas angin dan paling penting kekalkan terhidrasi dengan minum banyak air dan minimumkan pengambilan minuman berkafein.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here