Kota Belud, Jan-
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas kaki kirinya tertusuk besi rim basikal di Kampung Siasai Tamu, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syazwan Latun, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu jam 5.23 petang.
Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian didapati kaki kiri kanak-kanak berkenaan tertusuk besi rim basikal.
“Anggota bomba bertindak membuka rim basikal itu seterusnya membawa mangsa ke Hospital Kota Belud menggunakan ambulans untuk pemeriksaan x-ray dan rawatan lanjut.
























