Pistol, peluru ditemui dalam bagasi lelaki maut jatuh

Kuala Lumpur, Jan-
Sepucuk pistol dan peluru ditemui dalam bagasi seorang lelaki dilaporkan terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan di Kajang semalam.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat pada 12.34 tengah hari, di mana seorang lelaki tempatan 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan lanjut, kita menjumpai sepucuk pistol semi automatik dan peluru dalam bagasi yang berada dalam kenderaan lelaki itu. Mangsa yang bekerja sampingan itu tinggal di kawasan berhampiran, dia tiada rekod jenayah,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut ke atas senjata api itu sedang dijalankan dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here