Geng berparang samun syarikat penghantaran, larikan wang tunai RM46,000

Klang, Mac-
Sekumpulan penjenayah bertopeng yang bersenjatakan parang melarikan wang tunai RM46,000 selepas menyamun sebuah hub pengumpulan dan pengoperasian syarikat penghantaran di Meru di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, laporan kejadian itu dibuat seorang wanita berusia 21 tahun yang juga kerani syarikat terbabit pada jam 1.19 petang.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada jam 12.26 tengah hari semasa

 proses pengiraan wang tunai di hub tersebut.

“Kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Bezza warna biru disyaki menggunakan nombor plat palsu tiba di lokasi.”

Tiga suspek bertopeng dan bersenjatakan parang kemudian melarikan wang tunai RM46,000,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here