Georgetown, Jan-
Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, menyelesaikan bayaran sebanyak RM830,034.75 merangkumi ganti rugi, kos guaman dan faedah kepada veteran dan pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok susulan kalah saman fitnah seperti diputuskan Mahkamah Tinggi, 4 Disember lalu.
Pembayaran dilakukan melalui cek ke akaun firma guaman yang mewakili ketiga-tiga plaintif, Datuk Sankara Narayanan Nair, semalam.
Peguam mewakili Siti Mastura, Yusfarizal Yussoff, berkata meskipun pembayaran sudah dibuat, pihaknya memohon wang berkenaan disimpan dalam akaun peguam plaintif sehingga proses rayuan di Mahkamah Rayuan diselesaikan.