Majikan dipenjara 6 tahun 10 bulan, denda RM22,000 kerana pukul

Klang, Mac-
Tindakan seorang ahli perniagaan yang menghina, mencederakan dan mengugut pengawal peribadi kerana berpuasa pada 2021 mengundang padah apabila dia dihukum penjara enam tahun 10 bulan serta didenda RM22,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat.

Majistret, Siti Zubaidah Mahat membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan yang mewakili Chung Chee Yang, 47, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap semua pertuduhan pindaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama 21 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Bagi kes mengugut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000, manakala bagi kes kedua iaitu mengeluarkan perkataan-perkataan yang melukakan agama Islam di bawah Seksyen 298 kanun yang sama, tertuduh dihukum penjara setahun dan denda RM10,000.

“Bagi kes sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengawal peribadi mengikut Seksyen 323 kanun yang sama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 bulan dan denda RM2,000. Semua hukuman pemenjaraan berjalan secara berasingan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here