Kuala Lumpur, Nov-
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita tempatan yang dilaporkan hilang sejak Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan R. Samala Devi Veera Ragavan, 52, pada pukul 1.38 tengah hari, Sabtu lalu.
“Wanita itu kali terakhir dilihat di kawasan Jalan Timur di sini selepas keluar dari rumahnya pada pukul 11 pagi, 6 November lalu.



















