Virus selesema burung dikesan di India

Virus selesema burung kembali apabila negara India mula mengesan strain penyakit itu sejak seminggu lalu.

Ekoran daripada itu puluhan ribu burung dibunuh setelah angsa liar, gagak dan itik di seluruh negara didapati positif selesema burung.

Kerajaan India juga telah mengeluarkan amaran meminta semua negeri untuk mengambil langkah-langkah segera bagi mengekang penyebaran penyakit yang sama.

Walaupun kebanyakan strain berisiko rendah untuk manusia dijangkiti namun semua rakyat disarankan untuk tidak menyentuh burung yang mati atau sakit.

Dalam masa yang sama, India masih bergelut dengan usaha memerangi pandemik Covid-19 dan bagi mengelak dua musibah, orang ramai diminta membunuh burung yang dijangkiti selesema pada kadar segera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here