London-
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghadiri majlis santapan tengah hari bersama dengan Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham, Khamis.
Sebaik tiba, Seri Paduka berdua yang menerima tabik hormat diraja disambut oleh Earl of Wessex, Putera Edward.
Pasangan diraja itu diiringi oleh anakanda, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Puteri Iman Afzan .
Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Muhamad Sadik Kethergany.