Anak mati tapi tak siapapun didakwa

Kuala Lumpur, Mac
Seorang bapa beritahu Mahkamah Sesyen belum ada sesiapa didakwa berhubung kematian anaknya, kadet tentera laut yang meninggal dunia ketika menjalani latihan di Lumut, Perak, enam tahun lalu.

S. Joseph, 71, beritahu perkara itu ketika disoal balas Peguam Kanan Persekutuan Abdul Hakim Karem, pada hari pertama perbicaraan saman kecuaian berhubung kematian anaknya, J. Soosaimanicckam.

Terdahulu ketika pemeriksaan utama, Joseph berkata beliau buat laporan polis pada 20 Mei 2018, iaitu sehari selepas kematian anaknya, dengan mendakwa kakitangan tentera laut gagal memberikan rawatan awal kepada mangsa berusia 27 tahun itu. “Tentera laut cuai terhadap keselamatan dan kebajikan anak saya yang sihat sebelum mendaftar untuk latihan itu,” katanya.

Zaid Malek dan Latheefa Koya selaku peguam mewakili keluarga si mati. Pada 19 Mei 2021, keluarga itu memfailkan saman sivil berhubung kematian Soosaimanicckam dengan menamakan kerajaan dan 14 yang lain sebagai defendan.

Saman itu mendakwa defendan gagal memberikan rawatan cepat kepada si mati, selain dakwaan bahawa Soosaimanicckam didera beberapa pihak yang dinamakan dalam saman berkenaan menurut FMT.

Laporan bedah siasat menunjukkan Soosaimanicckam meninggal dunia akibat edema pulmonari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here