Gobind ucap Selamat Hari Krismas kepada rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR –

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Kristian.

“Sempena sambutan Krismas ini marilah kita kekalkan keharmonian ini yang menjadi ciri istimewa kita rakyat Malaysia! Merry Christmas!” katanya dalam ciapan Twitternya hari ini.

Masyarakat beragama Kristian akan menyambut Hari Krismas esok dan seperti kelazimannya di negara ini, rumah terbuka akan diadakan bagi memboleh masyarakat pelbagai kaum memeriahkan sambutan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here