Rugi RM6.2 bilion akibat penipuan

ALOR SETAR –

Sebanyak 25,000 kertas siasatan melibatkan kes jenayah komersial telah dibuka di seluruh negara membabitkan nilai kerugian berjumlah RM6.2 bilion bagi tempoh Jan hingga Dis tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata sepanjang tempoh sama, pihaknya juga telah menahan 15,000 individu yang terbabit dalam kegiatan jenayah berkenaan.

“Daripada jumlah jenayah komersial yang dicatatkan, sebanyak 65 peratus membabitkan penipuan scam termasuk kes pinjaman tidak wujud, ‘Macau Scam’, ‘Love Scam’ dan ‘African Scam’ yang menggunakan internet sebagai medium untuk mencari mangsa.

“Penjenayah yang melakukan jenayah komersial ini sebenarnya tidak memerlukan tenaga atau masa yang banyak kerana hanya perlukan internet dan telefon bimbit. Mereka ini cuba nasib, dalam 10 orang yang mereka tipu mesti akan ada seorang yang terpedaya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here