Koronavirus: Pengeluar topeng hidung dan mulut tingkat pengeluaran

KUALA LUMPUR –
Pengeluar topeng hidung dan mulut tempatan akan meningkatkan pengeluaran mereka bagi menampung permintaan tinggi orang ramai susulan isu 2019 novel koronavirus.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengeluar mengenai perkara tersebut.“Sekarang ini permintaan begitu tinggi dan bekalan sekarang tidak dapat menampung permintaan.Dimaklumkan bekalan berkurangan kerana banyak kilang yang tutup kerana cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina.

“Kita dah maklum pada pihak pengeluar dan mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kempen Beli Barangan Malaysia bersama sebuah pasar raya di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here