Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berniat menimbulkan kekacauan bagi memastikan perarakan yang bermula pukul 10 malam itu berjalan lancar dan semua pihak dinasihatkan menjaga sensitiviti kaum.
“Berdasarkan pengalaman lepas, kami mendapati ada pihak yang melakukan kesalahan seperti membuat bising dan minum arak di tempat terbuka. Kami tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas bagi kesalahan itu mengikut peruntukan undang-undang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.