Angka korban akibat koronavirus di China melebihi 1,016 orang

Angka korban akibat wabak novel koronavirus di China mencecah 1,016 orang dengan jumlah kes disahkan meningkat kepada 42,638, lapor agensi berita Sputnik memetik  jawatankuasa kesihatan negara China pada Selasa.

“Menjelang tengah malam 10 Feb, berdasarkan maklumat yang diterima dari 31 wilayah… kira-kira 42,638 kes disahkan, termasuk 37,626 orang kini dijangkiti (7,333 dalam keadaan kritikal), 3,996 dibenarkan keluar hospital dan 1,016 meninggal dunia,” kata jawatankuasa tersebut.

Sehari sebelum itu angka korban ialah seramai 908 orang dan jumlah kes disahkan 40,171.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here