JOHOR BAHRU –
Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menyerang Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bulan lepas.
Keempat-empat tertuduh, Norhanizam Ithnain, 38, Mohd Iskandar Masindra Rasidi, 37, Mohd Iskandar Afiq Razak, 26, dan Ezzul Emran Abdul Rahim, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.
Mahkamah menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pada 31 Jan lepas, Syed Saddiq yang juga ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mendakwa sekumpulan lelaki telah bertindak menyerang beliau ketika menghadiri Majlis Rapat Umum Armada Johor di Ulu Tiram.